Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh

Laman Forum ASMAI


You are not connected. Please login or register

LIGA SUPER 2010

Go down  Message [Page 1 of 1]

1LIGA SUPER 2010 Empty LIGA SUPER 2010 Fri Jan 08, 2010 11:45 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Esok Liga Super bagi musim 2010 akan bermula.Ketika tumpuan lebih terarah kepada pertembungan Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor,sesungguhnya pertemuan antara negeri kita Perak dan Pahang juga amat penting.
Biarpun bakal berlangsung di gelanggang lawan tetapi memang menjadi hajat Perak untuk mengutip 3 mata penuh.Rekod Perak yang tidak kalah dalam perlawanan pembukaan sejak 2003 akan sekali lagi menjadi sandaran untuk keputusan yang positif dalam perlawanan tersebut.

Berikut adalah ramalan terhadap kesemua pasukan yang bertanding di dalam Liga Super 2010.

SELANGOR*****-Among title contender.Should finish among top three this season or perhaps retain the title

PERLIS****-Likely title contender.

KEDAH****-Likely title contender.

JOHOR FC****-Should finish among top five this season

KELANTAN****-Among title contender based on their players line-up

PLUS FC****-Possible title contender if they can avoid any slip-up throughout whole season

NEGERI SEMBILAN****-Among front runner this season.Have to avoid any slip-up

PERAK***-A top ten finish is well within reach

TERENGGANU***-May finish among top five based on their consistency

PULAU PINANG**-No-hopers.Avoid relegation would be their main priority

PAHANG**-No-hopers.Would still struggle just like past few seasons

T-TEAM***-As newly promoted team,top ten finish is just a bonus

JOHOR***-Should finish among top ten as they didn’t seems be able to match heavyweight teams

KUALA LUMPUR**-No-hopers.But have potential as spoiler to heavyweight team and perhaps avoid relegation

2LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Fri Jan 08, 2010 11:55 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Liga Super 2010

Perak VS Trengganu

12 Januari 2010

Stadium Perak,Ipoh

Setelah bertemu Pahang pada malam esok,Perak akan bertemu dengan sebuah lagi team Pantai Timur iaitu Trengganu hari Selasa nanti.Kiranya Perak memperolehi result yang positif pada malam esok,sudah pasti ianya akan membakar semangat bagi Perak untuk terus mencatatkan kemenangan.Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini,kedudukan adalah seimbang.Tetapi Perak mungkin ada sedikit kelebihan kerana bermain di gelanggang sendiri.

SUPER LEAGUE RECORD

2006/2007 Trengganu-Perak 0-0
Perak-Trengganu 1-1
2007/2008 Perak-Trengganu 2-0
Trengganu-Perak 1-1
2009 Perak-Trengganu 0-1
Trengganu-Perak 1-1

3LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Sun Jan 10, 2010 4:48 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Dalam saingan pembukaan Liga Super semalam,Perak kecundang 1-2 kepada tuan rumah,Pahang.Di saat Perlis kecundang 0-1 kepada Johor FC sekaligus mengakhiri rekod kebal tidak pernah kalah dalam perlawanan pembukaan sejak sekian lama,Perak jugak bagaikan menghadapi nasib yang sama.
Kini Perak harus bersiap sedia untuk menghadapi Trengganu pada hari Selasa nanti.

REVIEW:Perak lost in the opening League game for the first time since 2002

4LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Sun Jan 17, 2010 5:32 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Selasa lepas,Perak kecundang 1-3 kepada Trengganu di gelanggang sendiri.Dengan lawan dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan bawah 23 tahun yang memenangi emas Sukan SEA seakan bukan tandingan buat Perak.
Ketiadaan Razali Umar Kandasamy seakan membuatkan Perak tidak bermaya sekalipun menurunkan 3 orang penyerang pada malam itu.

REVIEW:Saufi Saadi first goal in nearly 11 months

5LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Sun Jan 17, 2010 5:38 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Semalam Perak berjaya mengatasi tentangan sengit Johor di gelanggang lawan dengan kemenangan 2-0.Sekalipun hanya menjaringkan gol di penghujung perlawanan ianya sudah cukup bagi Perak untuk mengutip 3 mata pertama musim ini.
Kemunculan semula Razali Umar Kandasamy seakan memberi semangat baru kepada Perak yang agak longlai dalam 2 perlawanan sebelum ini.

REVIEW:Razali Umar 91st minute strike are the latest ever goal scored by Perak in profesional era

6LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Sun Jan 17, 2010 5:50 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2010

PERAK VS PERLIS

19 Januari 2010

Stadium Perak,Ipoh

SUPER LEAGUE RECORDS

2004
Perak VS Perlis 0-0
Perlis VS Perak 2-3
Perak VS Perlis 1-3

2005
Perak VS Perlis 2-2(Perak menang penalti 5-4)-Piala Sumbangsih
Perak VS Perlis 1-2
Perak VS Perlis 3-1

2005/2006
Perak VS Perlis 4-0
Perlis VS Perak 2-2
Perak Vs Perlis 0-2

2006/2007
Perak VS Perlis 2-0
Perlis VS Perak 0-1

2007/2008
Perlis VS Perak 2-0
Perak VS Perlis 2-0

2009
Perlis VS Perak 0-0
Perak VS Perlis 1-1

#Selasa ini,Perak akan menentang Perlis di gelanggang sendiri.Sesudah mengutip 3 mata ketika bertemu Johor,kini Perak terus menyasarkan untuk mencatatkan kemenangan kedua pada musim ini.

7LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Mon Jan 25, 2010 11:05 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Sekali lagi Perak berputih mata apabila kecuncang 0-1 di gelanggang sendiri.Kali ini kepada Perlis.Seperti mana Trengganu pada minggu lepas,Perlis yang turut dibarisi beberapa pemain Sukan SEA kebangsaan jelas bukan tandingan bagi Perak.
Biarpun menurunkan kesebelasan yang hampir serupa ketika menentang Johor Sabtu lepas tetapi pengalaman lah yang membezakan antara Perak dan Perlis.Jelas Perlis berjaya memanfaatkan peluang untuk mengutip 3 mata penuh.
Kini Perak harus memikirkan alternatif terbaik agar tidak terus terperosok di kelompok bawahan liga.

REVIEW: Azrul Ahmad scores for the two consecutive away games for Perlis

8LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Mon Jan 25, 2010 11:20 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Sekalipun Perak agak mengecewakan di gelanggang sendiri sebaliknya persembahan di gelanggang lawan agak memuaskan.Ini terbukti apabila Perak mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darulaman.Biarpun sekadar seri tetapi sekurang-kurangnya sudah memadai bagi Perak yang agak tenggelam kebelakangan ni.
Cuma layangan kad merah kepada pemain Perak dan Kedah sedikit merencatkan game pada malam tu yang rata-rata agak keras.

REVIEW:Perak still waiting for their first win at Darulaman Stadium in nearly six years.

9LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Mon Jan 25, 2010 11:27 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2010

Perak VS Kelantan

26 Januari 2010

Stadium Perak,Ipoh

SUPER LEAGUE RECORD

2009
Perak-Kelantan 2-3
Kelantan-Perak 4-0

Esok Perak akan menentang Kelantan di gelanggang sendiri.Di atas kertas,Kelantan yang dibarisi ramai bintang dianggap sebagai pilihan untuk menang berdasarkan rekod buruk Perak di gelanggang sendiri.
Apapun,Perak harus memperolehi keputusan yang positif supaya tidak terus berada di kelompok bawahan.Sama-samalah kita tunggu perlawanan pada malam esok.

10LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Thu Jan 28, 2010 3:29 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Rekod Perak di gelanggang sendiri seakan berterusan apabila hanya sekadar seri 0-0 ketika menentang Kelantan Selasa lepas.
Pun begitu,Perak mempamerkan sedikit peningkatan berbanding perlawanan sebelumnya apabila berjaya mengekang barisan bintang Kelantan.Cuma pengalaman para pemain menafikan Perak untuk mencatatkan kejayaan pada malam itu.

REVIEW:Kelantan third consecutives 0-0 draw on away ground

11LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Thu Jan 28, 2010 3:42 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2010

PERAK VS JOHOR FC
Stadium Perak,Ipoh
31 Januari 2010

REKOD LIGA SUPER

2006/2007
Perak-Johor FC 0-0
Johor FC-Perak 1-0

2007/2008
Johor FC-Perak 2-0
Perak-Johor 1-2

2009
Johor FC-Perak 0-1
Perak-Johor FC 0-3

Sabtu ini Perak sekali lagi akan menjadi tuan rumah apabila bertemu dengan Johor FC.Berdasarkan peningkatan yang ditunjukkan ketika menentang Kelantan,tidak mustahil Perak akan mencatatkan kemenangan pertama di gelanggang sendiri.Biarpun berdasarkan rekod Perak tidak pernah menumpaskan Johor FC di gelanggang sendiri tetapi keadaan mungkin berubah sebaliknya.
Sama-samalah kita tunggu pertemuan itu nanti.

12LIGA SUPER 2010 Empty Re: LIGA SUPER 2010 Mon Feb 01, 2010 7:07 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Seakan tidak kena bagi Perak apabila bermain di gelanggang sendiri.Sabtu lepas Perak terkulai laya apabila kecundang 0-3 kepada Johor FC.Biarpun Johor FC turun tanpa pertahanan kreatif,Riduwan Maon tetapi Perak tetap buntu untuk menembusi benteng Johor FC.
Dengan Liga Super hanya akan bersambung pada bulan Mac,kini Perak harus memikirkan strategi terbaik untuk tidak terus tenggelam dalam baki perlawanan akan datang.

REVIEW:Perak 0-3 home defeat to Johor FC was the same score for two concecutive years.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum