Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh

Laman Forum ASMAI


You are not connected. Please login or register

LIGA SUPER-SECOND ROUND

2 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty LIGA SUPER-SECOND ROUND Fri May 22, 2009 1:14 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

PERAK VS KEDAH

26 MEI 2009 (SELASA)

STADIUM PERAK,IPOH

#Selepas menentang Kuala Muda Naza pada malam esok,Perak akan bertemu Kedah pada hari Selasa ini.Buat pertama kali sejak hampir 3 bulan,Perak akan menentang pasukan bertaraf heavyweight.

Yang pasti,dah tentulah Perak mahukan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.Maka,dia lagi pilihan lain selain dari menang.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Perak pada malam tu.

2LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Fri May 29, 2009 6:21 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Perak berjaya membuatkan kejutan dengan menumbangkan Kedah 1-0 di halaman sendiri pada hari Selasa lepas.
Ketika banyak ramalan mengatakan Perak akan kecundang kepada Kedah tetapi Perak berjaya membuatkan keadaan sebaliknya.
Pujian harus diberikan kepada barisan muda Perak.Biarpun penguasaan bola banyak berpihak kepada Kedah tetapi sekurang-kurangnya Perak berjaya jugak menyaingi Kedah.
Kini Liga Super berehat sehingga 16 Jun.Jadi kepada SELANGOR,PERLIS serta NEGERI SEMBILAN yang akan bertandang ke Ipoh nanti,AWAS..!!
Tunggu lah kebangkitan Perak nanti....

REVIEW:Perak first win in 6 games

3LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Fri Jun 12, 2009 1:27 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

PERAK VS SELANGOR

16 JUN 2009 (Selasa)

STADIUM PERAK,IPOH

#Liga Super kembali bersambung setelah berehat selama 2 minggu.Selasa ini Perak akan menentang Selangor di halaman sendiri.

Satu pertembungan yang menarik.Biarpun Perak kalah kesemua 3 games kepada Selangor (termasuk Piala FA)tahun ini tetapi inilah masa yang tepat bagi Perak untuk menebus kekalahan dan seterusnya mencatatkan kemenangan.

Dirasakan akan ramai penonton akan hadir ke stadium Selasa ini untuk memberikan sokongan kepada team Perak.Tambahan pulak ketika ini di Perak jugak sedang berlangsung Sukan Perak ke 5.Maka,atlit-atlit terbabit akan turut memberikan sokongan.Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Perak pada malam itu.

ZAMRI

4LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jun 15, 2009 6:23 pm

Juan Torres

Juan Torres
Pengendali

hehehehe...
bley menang ker??? sapa2 yg g stadium tolong updatekan kat aku resultnya...

never walk alone..... Liverpool...

5LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Thu Jun 18, 2009 4:11 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Perak kecundang 0-1 kepada Selangor dalam saingan Liga Super Selasa lepas.Dalam saingan seimbang antara kedua-dua team ternyata Selangor berhak memenangi game tersebut berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh barisan pemainnya.

Jika Perak masih memiliki R.SURENDRAN maka Perak mungkin boleh memenangi tetapi kerana kini Selangor adalah pemiliknya maka Selangor bertuah untuk mencatatkan kemenangan.

REVIEW:Selangor recorded double League win over Perak since 1995

6LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Fri Jun 19, 2009 11:54 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

PDRM VS PERAK

20 JUN 2009 (SABTU)

STADIUM PERAK,IPOH

#Dalam perlawanan ni,PDRM yang menjadi tuan rumah.Stadium Perak menjadi tuan rumah atas permintaan PDRM sendiri.

Kini Perak harus mengambil kesempatan terbaik untuk mencatatkan kemenangan apabila bertemu PDRM,pasukan tercorot.Dirasakan Perak mampu mengutip 3 mata penuh.

7LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jun 22, 2009 11:18 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Sabtu lepas Perak berjaya mengatasi PDRM 3-2 biarpun mendapat tentangan yang kental dari lawan yang menduduki tangga tercorot liga.Pujian harus diberikan kepada Perak yang cuba sedaya upaya untuk mencatatkan kemenangan.

REVIEW:Perak kept their record clean over PDRM by snatching all League wins since last season.

8LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jun 22, 2009 11:30 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

PERAK VS NEGERI SEMBILAN

23 JUN 2009

STADIUM PERAK,IPOH

#Esok Perak akan menentang Negeri Sembilan di halaman sendiri.Sudah pasti kemenangan bakal dicari oleh Perak.Biarpun pemburuan kejuaraan Liga Super kelihatan sudah terkubur tetapi pemburuan tempat ketiga masih menjadi matlamat utama.

9LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Fri Jun 26, 2009 1:39 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Selasa lepas Perak berjaya menumpaskan sebuah lagi pasukan handalan,Negeri Sembilan 2-0.Sekalipun pelawat memberikan tentangan yang sengit dalam separuh masa pertama tetapi Perak berjaya juga menembusi benteng kental pelawat pada separuh masa kedua.

Sememangnya pemain-pemain muda Perak telah berusaha untuk meraih kemenangan.Hero pada malam itu tak lain tak bukan ialah RAZALI UMAR KANDASAMY.

REVIEW:Razali Umar Kandasamy scored two home League goals in a match for the first time this season

10LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jun 29, 2009 10:45 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Sabtu lepas,Perak kecundang 0-4 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke 4.Perlawanan pada malam itu jelas memperlihatkan jurang perbezaan antara Perak dan Kelantan.Sayang sekali pemain yang merencanakan kejatuhan Perak pada malam itu ialah anak kelahiran Perak sendiri iaitu INDRA PUTRA MAHAYUDDIN.Dia menjaringkan hattrick.

REVIEW:Perak heaviest League defeat this season

11LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jun 29, 2009 10:50 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

PERAK VS JOHOR FC

30 JUN 2009 (SELASA)

STADIUM PERAK,IPOH

#Perak akan menentang Johor FC di halaman sendiri pada malam esok.Sememangnya kemenangan juga bakal dicari Perak untuk pemburuan tempat ketiga liga yang masih samar-samar.
Cuma yang sedikit melegakan Perak ialah Johor FC akan kehilangan EDDY HELMI ABDUL MANAN yang menerima kad merah tempoh hari.Maka,bisa di bahagian serangan mereka agak terjejas.Maka Perak seharusnya mengambil peluang terbaik ini.

12LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Fri Jul 03, 2009 1:54 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Selasa lepas,Perak kecundang 0-3 kepada Johor FC di halaman sendiri.Dalam perlawanan yang berlangsung dalam hujan lebat tu,Perak ternyata sukar untuk menyaingi pasukan pelawat yang menyebabkan pelawat mudah mengambil kesempatan.

REVIEW:Perak still searching for a first Super League home victory over Johor FC

13LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jul 06, 2009 11:01 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Pada perlawanan Liga Super Sabtu lepas,Perak hanya sekadar seri 1-1 bertemu Trengganu di gelanggang lawan.Berbanding dua perlawanan terdahulu,persembahan Perak agak memuaskan sedikit biarpun tidak memenangi perlawanan.Razali Umar Kandasamy membuktikan bahawa dia masih penyerang berbisa

REVIEW:Perak have never lost at Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium since their last 0-4 defeat in the 2001 Charity Shield.

14LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Jul 06, 2009 11:14 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

PERAK VS PERLIS

7 JULAI 2009

STADIUM PERAK,IPOH

#Esok Perak akan menentang Perlis di halaman sendiri.Di atas kertas,perlawanan seakan berat kepada Perlis.Biarpun Perak telah terlepas peluang untuk menduduki tempat ketiga teratas tetapi perjuangan harus diteruskan.

Dalam keadaan sekarang,hanya ada satu gelaran yang boleh dimenangi iaitu GOLDEN BOOT yang khusus untuk penjaring terbanyak Liga Super.

Ketika ini Razali Umar Kandasamy menjaringkan 13 gol dan berada di belakang NIZARUDDIN YUSOF(15 GOL) dan INDRA PUTRA MAHAYUDDIN(14GOL).Dengan Indra Putra tidak beraksi malam esok disebabkan hukuman kad merah maka pertarungan malam esok adalah pertentangan antara Razali dan Nizaruddin.

Biarpun Perak tidak mendapat result yang positif ketika menentang Perlis tetapi sekurang-kurangnya diharapkan Razali dapat meledakkan seberapa banyak gol yang boleh.

Mengikut rekod,Perak dan Pahang menyumbangkan pemenang Golden Boot sebanyak 5 kali sejak Golden Boot diperkenalkan pada 1984.

15LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Wed Jul 08, 2009 1:30 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Semalam Perak berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu title contender,Perlis di halaman sendiri.Keputusan tersebut boleh dikatakan agak memuaskan memandangkan Perlis adalah sebuah pasukan handalan.

Dalam perlawanan yang berlangsung dalam hujan,permainan yang disajikan boleh dikatakan agak keras sehingga kedua-dua team bermain dengan 10 orang.Bagaimana itu tidak menghalang Perak dari mempersembahkan permainan yang terbaik.

Yang mengejutkan Perak berjaya menjaringkan gol menerusi SYAZWAN ROSLAN,seorang permainan pertahanan.Dia yang pernah dipinjamkan ke team Perlis musim lepas telah menunjukkan cara yang sebenar kepada bekas team sementaranya bagaimana cara yang sebenar untuk membolosi gawang lawan.

REVIEW:SYAZWAN ROSLAN became the youngest ever defender to score for Perak in the professional era

16LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Wed Jul 22, 2009 1:51 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Permulaannya,TAHNIAH diucapkan kepada team Selangor kerana berjaya menjadi juara baru Liga Super.

Semalam Perak kecundang 1-2 kepada pasukan bergelut,PAHANG di Stadium Darulmakmur.Sememangnya Perak mempamerkan persembahan yang baik pada malam tadi cuma Pahang yang berhak menang.Tambahan pulak,Pahang bersungguh-sungguh untuk menang bagi survival mereka dalam Liga Super.

REVIEW:Perak first League defeat at Darulmakmur Stadium in more than 3 years

17LIGA SUPER-SECOND ROUND Empty Re: LIGA SUPER-SECOND ROUND Mon Aug 03, 2009 1:17 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Harapan Perak untuk menutup persaingan Liga Super 2009 tidak kesampaian apabila hanya sekadar seri 1-1 bertemu UPB/MyTeam.Tiada apa lagi yang boleh dikejarkan oleh kedua-dua pasukan melainkan mempersiapkan diri untuk saingan Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.

REVIEW:Perak lowest ever position in the Super League history-10th

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum