Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh

Laman Forum ASMAI


You are not connected. Please login or register

LIGA MALAYSIA MINGGU INI

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty LIGA MALAYSIA MINGGU INI Mon Feb 02, 2009 8:03 am

BIG SHOW

BIG SHOW
Pengendali

PIALA FA

3 FEBRUARI 2009
1ST ROUND

SDM VS PERAK

8:45 MALAM
BATU KAWAN STADIUM

2LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Mon Feb 02, 2009 1:43 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Yer...Rasanya Perak sekali lagi boleh mendapat kemenangan besar sekalipun bermain di Stadium Batu Kawan.Berdasarkan geografi,Stadium Batu Kawan adalah umpama home venue kedua bagi Perak.
Sabtu lepas,Perak berjaya mengatasi SDM Kepala Batas dengan keputusan 4-1.Bermakna Perak telah sebelah kaki melangkah ke pusingan kedua.Kejayaan pada hari Selasa ini dapat dijadikan hadiah sempena pemerintahan 25 tahun Baginda Sultan Perak

REVIEW:Perak kept their home record clean since their last 1-3 defeat to Johor in 1998 competition.

3LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Mon Feb 02, 2009 5:01 pm

Admin

Admin
Pentadbir

review jgn x review.. esok kalu perak kalah zamri kena sembur la...

https://asmai.rpg-board.net/

4LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Tue Feb 17, 2009 6:14 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009

Perak VS Trengganu
17 Februari 2009 (Selasa)
Stadium Perak,Ipoh

PIALA FA 2009

Perak VS Kuala Muda Naza
21 Februari 2009 (Sabtu)
Stadium Perak,Ipoh

5LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Fri Feb 20, 2009 3:51 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Nampaknya Perak kecundang sekali lagi gelanggang sendiri.Kali ini 0-1 kepada Trengganu pada game Selasa lepas.Permainan Perak pada malam tu serba tidak menjadi.Mungkin faktor keletihan setelah berhempas pulas pada game menentang Johor FC pada Sabtu lepas menjadi alasan di atas kekalahan tu.Apapun Perak haruslah bangkit untuk mendapatkan bekalan selesa menentang Kuala Muda Naza pada malam esok.

REVIEW:Trengganu recorded their first away League win over Perak in 15 years

ZAMRI

6LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Fri Feb 20, 2009 4:20 pm

BIG SHOW

BIG SHOW
Pengendali

malas tgk lawan KM Naza dah 2 kali aku tgk , lagipun bosan main sini kalah je pulak

7LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Sun Feb 22, 2009 3:38 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Nampaknya semalam Perak hanya sekadar seri 1-1 ketika menentang Kuala Muda Naza.Ini bermakna Perak menghadapi tugas berat untuk second leg FA Cup nanti.Berdasarkan keputusan perlawanan lain semalam,hanya Kelantan dan T-Team berpeluang untuk ke suku akhir.Ini bermakna kesemua team lain masih berpeluang untuk ke suku akhir biarpun hanya sekadar seri atau kalah tipis termasuklah Perak.Segala-galanya boleh terjadi.

REVIEW:Goalkeeper Kamarul Effendi Abd Rahim made his first ever appearance in the FA Cup competition since representing Perak in 2006/2007

ZAMRI

8LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Sun Feb 22, 2009 4:26 pm

BIG SHOW

BIG SHOW
Pengendali

Sejak Perak dikuasai Mamak power .

Team Perak main home teruk , tak menang pulak tu

9LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Wed Feb 25, 2009 4:20 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Yeah...Perak akhirnya berjaya mengatasi Kuala Muda Naza 2-1 semalam di gelanggang lawan sekaligus layak ke suku akhir Piala FA.Pujian harus diberikan kepada Perak yang berjuang bermatian-matian dalam game tu.
Tidak ada rahsia di sebalik kejayaan semalam.Ini semua adalah kerana Perak mempunyai kelebihan dalam game biarpun berlangsung ke extra time.Jawapannya cukup mudah.Barisan muda Perak mempunyai tahap kecergasan yang cukup memuaskan jika dibandingkan dengan barisan senior Kuala Muda Naza yang mungkin dah keletihan untuk bermain selama 120 minit.

REVIEW:Mohd Nazri Kamal became first local boy-wearing NO.10 to score in the FA Cup competition in nearly 7 years.
#Jinx already end.....

ZAMRI

10LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Mon Mar 02, 2009 11:17 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

PIALA FA 2009 (First Leg Suku Akhir)

PERAK Mln SELANGOR

3 Mac 2009 (Selasa)

Stadium Perak,Ipoh

#Yeah....Inilah perlawanan tumpuan dalam saingan suku akhir Piala FA.Suatu pertarungan yang hebat,panas dan mendebarkan.Jadi datanglah beramai-ramai esok untuk menyokong team Perak.Yang pasti Perak harus mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Shah Alam Sabtu ni.

Dari segi rekod,Perak belum pernah mengalahkan Selangor dalam Piala FA sejak kemenangan terakhir 4-2 dalam final 1990.

Apapun,segala-galanya boleh berlaku dalam bolasepak.

HIDUP PERAK...!!!!

ZAMRI

11LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Tue Mar 03, 2009 1:38 am

BIG SHOW

BIG SHOW
Pengendali

ini apa hal terus ke game Selangor nie , nie mesti tak pergi game lwn PLUS hari tu .

12LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Tue Mar 03, 2009 10:26 am

Juan Torres

Juan Torres
Pengendali

buleh menang ker malam ni???

pada sesiap yg pegi menonton kat stadium perak mlm ni tolong updatekan aku.. Very Happy

tengkiu

13LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Tue Mar 03, 2009 1:40 pm

BIG SHOW

BIG SHOW
Pengendali

hang tunggu pukul 11:00 mlm , aku kredit kurang /low

14LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Wed Mar 04, 2009 3:45 am

Admin

Admin
Pentadbir

Zamri Malik wrote:PIALA FA 2009 (First Leg Suku Akhir)

PERAK Mln SELANGOR

3 Mac 2009 (Selasa)

Stadium Perak,Ipoh

#Yeah....Inilah perlawanan tumpuan dalam saingan suku akhir Piala FA.Suatu pertarungan yang hebat,panas dan mendebarkan.Jadi datanglah beramai-ramai esok untuk menyokong team Perak.Yang pasti Perak harus mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Shah Alam Sabtu ni.

Dari segi rekod,Perak belum pernah mengalahkan Selangor dalam Piala FA sejak kemenangan terakhir 4-2 dalam final 1990.

Apapun,segala-galanya boleh berlaku dalam bolasepak.

HIDUP PERAK...!!!!

ZAMRI

patut la stadium pack... nak sokong selangor rupanya...

https://asmai.rpg-board.net/

15LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Thu Mar 05, 2009 1:13 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Nampaknya Perak mempamerkan persembahan yang agak memuaskan sekalipun tumpas 1-2 kepada Selangor dalam saingan Piala FA Selasa lepas.Jelas nampak peningkatan yang agak membanggakan dari barisan muda Perak.Permainan pada malam tu adalah yang terbaik bagi Perak sepanjang musim ni.

Kini Perak harus berusaha untuk mengatasi Selangor di Shah Alam Sabtu ni untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir Piala FA pada bulan depan.Segala-galanya tidak mustahil.Dalam bolasepak apa-apa saja boleh berlaku.

REVIEW:Perak 1-2 defeat to Selangor was their first FA Cup home defeat in nearly 9 years.

ZAMRI

16LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Fri Mar 06, 2009 1:16 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Kini Perak harus cuba untuk mengatasi Selangor dalam second leg Piala FA di Shah Alam pada malam esok.Ianya suatu tugas yang berat tetapi tidak ada yang mustahil dalam bolasepak.

Sekalipun Selangor adalah favourite tetapi kemampuan Perak tidak boleh diperkecilkan sama sekali.

Perhatikan rekod terkini kedua-dua team.

Selangor last 3 home games
Selangor VS UPB/MyTeam 0-1(Liga Super)
Selangor VS Kuala Lumpur 1-1(Piala FA)
Selangor VS Kelantan 3-0(Liga Super)

Perak last 3 away games
SDM Kepala Batas VS Perak 0-7(Piala FA)
Johor FC VS Perak 0-1(Liga Super)
Kuala Muda Naza VS Perak 1-2(Piala FA)

Berdasarkan rekod,Selangor agak patchy di gelanggang sendiri.Mempamerkan persembahan bertenaga menumbangkan pesaing terdekat Kelantan tetapi kurang menyerlah apabila bertemu pasukan kerdil seperti UPB/MyTeam dan Kuala Lumpur.

Rekod Perak pulak agak baik di gelanggang lawan.Sejak kalah 0-3 kepada Negeri Sembilan pada 13 Jan,Perak terus menyerlah di gelanggang lawan apabila menang kesemua away games selepas itu.

Status Perak selaku lightweight membuatkan Selangor amat berhati-hati ketika bertemu Perak.Cuma satu yang aku respek ialah Perak mempunyai fitness yang agak memuaskan disebabkan mempunyai ramai pemain muda.

Semasa menentang Selangor tempoh hari,Perak bermain habis-habisan pada penghujung 20 minit terakhir di saat fitness Selangor sudah agak berkurangan kerana ada ramai pemain senior.Cuma Perak tidak bernasib baik untuk mendapatkan gol penyamaan.

So,kepada korang yang berada di Lembah Klang tu,turunlah beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada malam esok.Sama-samalah kita mendoakan untuk kejayaan Perak.

ZAMRI

17LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Fri Mar 06, 2009 1:39 pm

Juan Torres

Juan Torres
Pengendali

Zamri Malik wrote:Nampaknya Perak mempamerkan persembahan yang agak memuaskan sekalipun tumpas 1-2 kepada Selangor dalam saingan Piala FA Selasa lepas.Jelas nampak peningkatan yang agak membanggakan dari barisan muda Perak.Permainan pada malam tu adalah yang terbaik bagi Perak sepanjang musim ni.

Kini Perak harus berusaha untuk mengatasi Selangor di Shah Alam Sabtu ni untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir Piala FA pada bulan depan.Segala-galanya tidak mustahil.Dalam bolasepak apa-apa saja boleh berlaku.

REVIEW:Perak 1-2 defeat to Selangor was their first FA Cup home defeat in nearly 9 years.

ZAMRI


Insyallah....
Hehehe..tp aku rasa blh jer kot lupakan piala FA...

18LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Sun Mar 08, 2009 4:55 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Nampaknya Perak kecundang 0-2 kepada Selangor dalam saingan Piala FA second leg semalam.Sememangnya pengalaman membezakan antara Perak dan Selangor.

Pujian jugak harus diberikan kepada Perak yang mampu bertahan sehingga ke minit 78 sebelum gawang mereka dibolosi.Agak kental jugak mereka semalam biarpun ketinggalan 1-2 dalam first leg.

Kini Perak harus memberikan untuk cuba mencabar kejuaraan Liga Super.Masih banyak lagi perlawanan yang harus ditempuhi.

REVIEW:Perak still searching their first FA Cup win over Selangor since their last 4-2 victory in the 1990 Final.

19LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Sun Mar 08, 2009 5:11 pm

Juan Torres

Juan Torres
Pengendali

Zamri Malik wrote:Nampaknya Perak kecundang 0-2 kepada Selangor dalam saingan Piala FA second leg semalam.Sememangnya pengalaman membezakan antara Perak dan Selangor.

Pujian jugak harus diberikan kepada Perak yang mampu bertahan sehingga ke minit 78 sebelum gawang mereka dibolosi.Agak kental jugak mereka semalam biarpun ketinggalan 1-2 dalam first leg.

Kini Perak harus memberikan untuk cuba mencabar kejuaraan Liga Super.Masih banyak lagi perlawanan yang harus ditempuhi.

REVIEW:Perak still searching their first FA Cup win over Selangor since their last 4-2 victory in the 1990 Final.

Kalah tetap kalah..

20LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Sun Apr 05, 2009 4:15 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Nampaknya Perak telah kembali menyengat.Semalam Perak telah menumbangkan Pahang dengan jaringan 2-0.Sekalipun terpaksa bermain dengan 10 pemain pada sebahagian 3/4 permainan tetapi semangat juang barisan Perak agak tinggi.

Perlawanan itu jugak yang disiarkan secara live di TV menyaksikan semangat Perak menyala-nyala biarpun sedikit tertekan kerana kad merah yang dikenakan terhadap Nazri Kamal.
Mungkin rakyat Malaysia yang tengok game tu di TV akan mengakui bahawa permainan Perak semalam adalah yang terbaik setakat ini.

#Perak claimed victory although their player received red card.The last time was back in February 2007.

21LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Sun Apr 26, 2009 8:57 am

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

LIGA SUPER 2009
Perak VS Pulau Pinang
2 Mei 2009 (Sabtu)
Stadium Perak,Ipoh

Semalam Selangor telahpun dinobatkan sebagai Juara Piala FA buat kali yang kelima.Tahniah diucapkan.
Hujung minggu ni akan berlangsungnya perlawanan antara Perak dan Pulau Pinang di Stadium Perak.Maka,tumpuan akan dialihkan kembali kepada persaingan Liga Super.
Sekalipun Perak bukanlah dianggap sebagai pesukan pencabar Liga Super tetapi kemampuan Perak jangan sesekali diperkecilkan.
Dengan team seperti Perlis,Selangor dan Kelantan yang terlibat ke peringkat tertinggi Piala FA selain Kedah yang terbabit dengan Piala AFC,dengan ini Perak kelihatan agak segar berbanding 4 team terbabit.
Marilah kita datang beramai-ramai ke stadium hujung minggu ni.Rasanya takda masalah disebabkan ada cuti umum selama 3 hari bermula Jumaat hingga Ahad.Mungkin ramai yang akan balik ke Ipoh.

ZAMRI

22LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Wed May 06, 2009 1:53 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Perak tunduk kepada Pulau Pinang 0-1 di halaman sendiri Sabtu lepas.Sememangnya Perak menghadapi tugas berat pada malam itu setelah ketiadaan striker handalan,Razali Umar Kandasamy selain 2 lagi pemain yang digantung akibat kad kuning.

REVIEW:Perak first home League defeat to Penang since 2006

23LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Wed May 06, 2009 2:02 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Semalam Perak kecundang 1-2 kepada UPB/MyTeam di Stadium Petaling Jaya.Secara keseluruhan,permainan adalah seimbang.Cuma Razali Umar Kandasamy hanya dimasukkan pada penghujung first half dan akhirnya dia dapt jugak menjaringkan gol.Mungkin kalau dia bermain dari mula,keputusan adalah sebaliknya.

Separuh masa kedua pulak,Perak bermain dengan 10 orang setelah Chun Keng Hong dibuang padang.Sudah pasti disadvantage bagi Perak.

REVIEW:Chun Keng Hong sent off was the first on away ground in nearly 27 months

24LIGA MALAYSIA MINGGU INI Empty Re: LIGA MALAYSIA MINGGU INI Mon May 18, 2009 2:03 pm

Zamri Malik

Zamri Malik
Pengendali

Perak kecundang 1-3 kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman Sabtu lepas.Sememangnya Kedah adalah pasukan yang hebat jika nak dibandingkan dengan Perak.

Apapun,kecergasan pemain Perak yang berlari segenap padang juga wajar diambil kira.Itulah rahsianya Perak berjaya mendapat gol saguhati pada minit ke 72 di saat pemain Kedah sudah agak keletihan ketika tu.

Sayangnya Perak telah ketinggalan 0-3 ketika itu.Jika kedudukan 0-0 mungkin keputusan adalah sebaliknya.

Cuma seakan nampak kontroversi.Dua gol pertama Kedah seakan telah offside.

Sekarang Perak harus memikirkan alternatif terbaik apabila bakal menentang Kedah pada 26 Mei ini.

REVIEW:Perak has not beaten Kedah at Darulaman since their last 2-1 in 2004.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum