IPOH 5 Sept. - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Abdul Malek Ahmad meninggal dunia hari ini kerana penyakit barah paru-paru.
Beliau meninggal dunia pada kira-kira 1.45 petang tadi semasa menjalani rawatan di klinik milik anaknya, Dr. Khairuddin di Ampang di sini.
Dr. Khairuddin, Bendahari Pas Perak berkata, Allahyarham menghidap penyakit berkenaan sejak tiga tahun dan tenat dua minggu lalu.
Katanya, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan sembilan anak, menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan seorang anak perempuan di klinik itu.
Abdul Malek adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sebelum pilihan raya umum 1990 dan pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat dan Exco di bawah tiga Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh dan Tan Sri Ghazali Jawi.
- Bernama