Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh

Laman Forum ASMAI


You are not connected. Please login or register

Peraturan dan Polisi Forum ASMAI

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Peraturan dan Polisi Forum ASMAI Empty Peraturan dan Polisi Forum ASMAI Wed Oct 29, 2008 6:52 am

Admin

Admin
Pentadbir

Berikut adalah syarat yang mesti dipatuhi oleh semua ahli forum yang digariskan oleh pihak pentadbiran Forum ASMAI

1. Forum ASMAI menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya nama penuh dan juga alamat emel anda. Kami tidak akan menyiarkan kedua-dua perkara tersebut, melainkan sekiranya diminta oleh anda. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal Forum ASMAI. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami.

2. Anda juga dimestikan menjaga etika diri, maruah, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

3. Dilarang sama sekali mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, syarikat, organisasi, parti politik dan segala unsur kelucahan, keganasan, perbalahan serta perkauman.

4. Anda dilarang mengiklankan sebarang bentuk perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan dalam apa jua cara, melainkan telah mendapat kebenaran dari pihak Forum ASMAI

5. Sebarang pertanyaan dan perbincangan berkaitan peniaga yang tidak berdaftar di Forum ASMAI adalah tidak dibenarkan sama sekali walau untuk apa tujuan sekalipun.

6. Anda juga di nasihatkan agar tidak mengunakan terlalu banyak pengunaan ayat CAPS LOCK dalam posting kerana ia bermaksud kita seakan menjerit dan marah pada seseorang.

7. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam portal Forum ASMAI, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik Forum ASMAI, melalui hakcipta yang dipegang oleh Alumni Sekolah Menengah Anderson Ipoh.

8. Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada pemegang hakcipta.

9. Segala sumbangan melalui borang elektronik, emel, pos, serahan dan lain-lain cara yang menunjukkan bahawa barang itu dikirimkan kepada pihak Forum ASMAI adalah menjadi hakmilik Forum ASMAI. Sumbangan ini yang berbentuk mesej, artikel, komen, panduan, karya, gambar dan lain-lain yang boleh menjadi input kepada portal Forum ASMAI juga akan menjadi hakmilik Forum ASMAI.

10. Tidak semua sumbangan daripada pengunjung portal ini akan dipaparkan di dalam Forum ASMAI. Kami berhak untuk menyiarkan segala sumbangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan para pengguna internet di seluruh dunia. Forum ASMAI juga berhak menerbitkan semula sumbangan tersebut di dalam bentuk percetakan, bahan pengiklanan, ataupun diserahkan kepada pihak luar yang telah diberikan kebenaran bagi menjalankan aktiviti bagi pihak Forum ASMAI yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

11. Pengguna dan pengunjung portal Forum ASMAI TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan portal Forum ASMAI sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungan serta menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak penganjur portal Forum ASMAI. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

12. Pengunaan katanama/nick/nama samaran, pilihlah katanama yang bersesuaian dan sila cuba untuk tidak memilih katanama yang sama/atau hampir sama dengan para petugas mahupun dengan ahli yang lain, ini adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham yang bakal timbul kelak. Kami berhak meminda atau mengeluarkan (delete) katanama yang tidak bersesuaian tanpa sebarang notis.

13. Pihak pentadbiran Forum ASMAI berhak meminda peraturan dan polisi ini dari masa ke semasa sekiranya perlu untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal Forum ASMAI dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Kami juga berhak meminda, mengeluarkan sebahagian atau kesemua mesej serta akaun keahlian anda, sekiranya anda gagal mematuhi syarat dan peraturan yang kami telah tetapkan ini.

https://asmai.rpg-board.net/

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum